MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

28 January 2011

GPRS: I want a cat named MILO (>..<)


Salam semua,

Erm...gambar di atas & entry tittle je dah tau pe yang Era bakal nak tulis kan??Dah lama sangat Era nak bela kucing tapi ibunda tercinta xbagi (takut rumah penuh taik kucing) huk3~~

Cerita tentang kucing..Tau x yang kucing ni adalah haiwan kesayangan Rasulullah.Zaman Firaun pun siapa yang sepak aka aniaya makluk Allah ni boleh kena hukum bunuh!!Percaya x???Percayalah....hehe :p


Mitos Kucing dan Era 1:
Huish...Jangan main-main.Era kalau jumpa kucing bukan Era yang jerit takut tapi kucing tu yang confirm lintang pukang ter'meaw-meaw' takut dengan Era..haha...sebab Era memang obses dengan kucing.

Mitos Kucing dan Era 2:
Kucing adalah ubat penenang Era.Era ley habiskan satu hari main dengan kucing sampai x sedar diri(selagi x pengsan/xkena tegur)Masyallah...Tengok je gambar kucing yang muka tome-tome tu terus rasa teruja (lupa jap masalah) & yang pelik dari kecik sampai besar Era boleh ralik(btl ke eja ni??haha) tengok kartun kucing mcm Garfield,CatDog dan yang paling xley blah....Tom&Jerry!!!(betapa keanak-anakkannyer saya!!!HuaHua)

Mitos Kucing dan Era 3:
Era xsuka tengok orang yang aniaya /dera/sepak/pukul/keji binatang xspecially kucing!!Bikin Era panas je....

Mitos Kucing dan Era 4:
Macam banyak lak (promise yang ni last!!).Erm...Era xtau le nak cakap macamana tapi masa kecik pernah gak r berangan nak bela kucing banyak-banyak.Insyallah,suatu hari Era nak bukak cat center untuk kucing-kucing terbiar.Highlight!!Hanya kucing-kucing terbiar.(kucing bertuan watpe..bior tuan dye jage...kihx458)


p/s: xtau nape pagi-pagi buta ni nak 'share' perasaan dengan korang pasal ni...Baca je la kalau nak baca.Suka 'like' x suka buat-buat je r korang suka...hehe~

p/s lagi: "GPRS" is stands for "Ganjil Pelik Rasa Sengal!" haha....K serius entry dah beh!!


With Emotion I Express,



27 January 2011

DIYA : Organize Your Closet! Extended..

Just nak kongsi gambar untuk entry DIYA : Organize Your Closet! 
So,lepas ni boleh la korang bayangkan apa yang Era tulis dalam entry tu ek..
Hope membantu la hendaknyer..hehe :}

:: Tak sangka Era banyak gak TEDDY BEAR!! ::
 susun elok-elok dalam drawer,Insyallah...mesti sedap mata memandang

:: Susun ikut colour dan corak::


 

LUSTS : luahan untuk semua tegur saya!

Hai semua,

Hari kedua tulis entry rasa macam nak tulis banyak perkara tapi tak tau nak kongsi yang mana dulu..huk2~
Anyway,entry kena tulis juga.Untuk tips semalam,harap maaf masih tak dapat nak upload gambar or any tuto tentang cara nak lipat baju.
Mesti ada yang rasa...lipat baju pun nak kena ber'tips' bagai ke?
Terpulanglah...tapi Era memang tak suka buat sesuatu yang Era rasa tak puas aka taik-taik ayam je...(Aduyai..)
Kalau nak buat sesuatu mesti bersungguh-sungguh walaupun cuma nak kemas meja..kih2(Sebab ni kot adik Era suka sangat gelak kalau Era masuk dapur,kelakar katanya tengok Era masak)

Hari ni Era busy sikit kemas bilik tengah rumah.Kemas meja adik,wardrobe papa...Penat juga sebab nak buat sume tu sorang-sorang..and unfortunately,lepas kemas Era rasa nak nagis lak...jeng...jeng....jeng..Kenapakah?

He..he..sebab esok ari Khamis..asal Khamis malam Jumaat mesti hati Era sebak tak tentu pasal...
Al-Kisah sebenarnya sebab Era teringatkan Arwah Atok...sob3..(time tulis entry pun hati dah mula sayu)
Dari kecil atok la orang yang paling sayangkan Era.Jaga Era.Hantar bekal waktu rehat kat Era.(Aduh airmata dah berjurai-jurai).Masa belek-belek gambar lama , terjumpa  dengan foto arwah...apa yang buat Era sensentap sgt sebab atuk pergi dalam pangkuan Era dan Era agak ralat tak sempat nak hadiahkan atok segulung ijazah!!Tapi tuhan cukup adil,dia bagi ruang untuk Era jaga atok(walau mungkin Era xdpt jaga atok macam atok jaga Era tapi Era syukur dengan peluang tu)

Era selalu rancang nak g tengok kubur atok tapi pagi khamis/jumaat selalu sangat hujan.Insyallah,kalau ada rezeki Era nak pergi kubur atok....
Kepada kawan-kawan yang masih punya atok,nenek,mak,ayah sayangilah keluarga kita itu,kerana mereka adalah harta paling berharga buat kita...

p/s: lusts ni bukan nafsu ek kawan-kawan tapi singkatan kepada "Luahan Untuk Semua Tegur Saya".Era bukakan peluang pada sesiapa saja(xde nak makan dalam ke pe),komen la atas apa saja  topik /luahan Era dalam entry ni...Harap-harap dengan komen tu kita semua dapat mempelajari sesuatu...Amin~



::  Gambar arwah Atok ::

 With Experiences I Growth,

26 January 2011

DIYA : Organize Your Closet!

Pening tengok bilik yang sempit & dah xtau mana lagi nak sumbat baju,kasut,beg and macam-macam lagi la stuff menarik dalam bilik tu.Era ada idea macam mana nak organize dan jimat lebih dari 40% ruang untuk kemas dan letak lebih barang-barang dalam almari@closet anda!

Baru-baru ni,Era pun hadapi masalah yang sama.Bilik penuh dengan barang sampai rasa xde mood nak buat pape and rimas tengok barang di mana-mana je dalam bilik sampai kadang-kadang susah nak cari barang tu bila perlu.So,Era nak kongsi beberapa tips yang Era rasa sangat membantu Era yang agak la pemalas nak kemas bilik(hehe..) ni dan yang lebih memeranjatkan,banyak barang yang sebenarnya Era xperlu Era simpan!!

Tips for Organize Your Closet & Stuffs

1. Sediakan beberapa kotak atau guna je drawer anda untuk mengasing baju,beg,kasut mahu pun accessories mengikut compartment masing-masing.Pastikan baju dimasuk ke dalam kotak baju dan kasut dalam kotak kasut.Jangan tersalah masuk pulak ek...
2. Selesai sesi mengasing,kita boleh kemas satu-satu barang-barang kita tu.Pada Era eloklah kalau mula dengan baju dulu(sebab rasanya purata daripada kita mesti ada koleksi baju kan?)

Tip mengemas pakaian :
  • Sure dalam kotak baju/pakaian anda penuhkan.So next step,kita asingkan pakaian tu kepada beberapa bahagian.(Dalam kes ni mungkin anda boleh guna drawer,kotak atau guna je plastik sampah tapi pastikan anda dapat kenal pasti setiap bahagian tu ek...)Cth bahagian yang diasing : baju kerja,baju harian,baju jalan,kostum,seluar,pakaian dalam.[p/s: semasa mengasing tu anda mesti pastikan ada satu kotak tambahan untuk pakaian yang anda rasa dah xperlu/xmuat yang mungkin boleh anda sedekah/jual balik nanti)
  • Selesai asing,kita ke step yang seterusnya iaitu melipat/menyangkut bahagian tu ikut keperluan.Untuk tip melipat dan menyangkut Era akan postkan di entry yang seterusnya ek..
  • Next,kita bolehlah susun pakaian itu mengikut kategori dengan mengingati beberapa perkara ini:
    • Susun mengikut susunan warna (Hitam>Coklat>Merah>Jingga>Kuning>Hijau>Biru>Ungu>Pink>Putih)
    • Diatur mengikut dari colour yang solid/plain kepada yang bercorak
Simple je kan... :}
Sekarang, Jom kita organize pula kasut,beg dan accessories!

3. Untuk beg+kasut dan accessories tips yang digunakan adalah lebih mudah.Kita cuma perlu aturkannya di closet mengikut tip susunan pakaian tadi.Kalau anda mengunakan drawer seperti Era untuk menyimpan beg misalnya,masuk je dalam drawer tu..hik...hik..yang penting kita tahu di mana nak cari beg-beg tu nantikan...kawan-kawan :}

4. Seterusnya,accessories anda mungkin sangat banyak dan kalau nak simpan secara berlonggok mesti akan mencacatkan penglihatan.Tips Era,guna cardboard atau apa-apa yang agak keras sebagai divider bagi setiap compartment accessories tu.Tips ni untuk yang guna drawer la ek.Bagi yang rasa tak der tempat,mungkin anda boleh beli peti yang ada kotak banyak-banyak tu..Maaf,Era lupa la pe namanyer...sorry...atau susah-susah pergi je IKEA sure jumpa accessories holder.Tak mahal,rasa dalam RM40 je or maybe murah lagi dari tu.

5.Selesai sudah!Mula-mula tu maybe la leceh tapi selepas kemas kita akan rasa bilik kita tu a live!!Lepas ni,kena la jaga kekemasan barang yang dah kita kemas molek-molek tu ek.Untuk tips tu Era akan post kemudian ek...hehe~

Selamat mengemas kawan-kawan! Menjaga kebersihan & kekemasan itu pun sebahagian daripada sunnah Rasulullah.So,Jom kita tambah amal!!



With Knowledges I Serve,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...