MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

07 April 2011

Fobia Cinta

Salam Satu blog!

Apa khabar semua harap sihat la ek.Hari semalam adalah sama seperti hari-hari yang lain seperti dua minggu lepas.Kerja.Kerja.Kerja dan Kerja lagi.Bosan~

So,Era decide minggu ni nak beronggeng lebih sikit untuk merendahkan tahap kebosanan.Ibunda sound jangan keluar malam-malam dah. Papa marah.Huhu.I stress mummy.Malam tadi time tengah makan megi*malas gila nak masak.Haiyak!!Tiba-tiba,tersedak Era bila kawan karib baik sesangat Era call(Seyes saya terkejut sebab dia jarang nak call saya.Seingat pun saya yang suka kacau dia call dia berjam-jam hanya nak dengar suara dia.Huhu.Sengal bila PK balik.)Maka tindakan reflek atas kejakunan tu Era angkat call terus cakap

            Saya : “ Hai A kenapa call?”
 
Rasa nak lempang muka sendiri.Benggong!Suka hati dia la nak call tidak!!Haha.Tapi hati      saya berbunga-bunga cinta secara tetiba.erk!Tercekik tulang harimau bintang.

Dia: “Call pun tak boleh.Tak pe la….bla…bla…”

Yang lain biar la rahsia kami berdua.Ngeh3~

Tak lama pun cakap dalam phone tapi satu hari ceria .Pelik kan?kan? Apa ubat dia pakai boleh buat saya senyum sampai ke telinga .Dia cakap Hai!Era sihat? Pun Era dah senyum sampai orang pun rasa nak lempang tengok.Haha.Ada aku kesah?(La pulak)Haha lagi.

Sabtu ni kalau tak ada aral nak melintang I’ll meet A.So sweet dia nk datang BJ.Terharu sampai haru-biru hidup ni 5saat.Hohoholik~Tiba-tiba mau nyanyi lagu Ku Menunggu.Ala yang Rossa nyanyi tu .Ala yang kontro-besi lagu tu sama nada dengan lagu Ella tajuk je lain sikit.Ella punya Ku Merindu.So xde beza tapi lain kot feeling lagu Rossa nyanyi dengan Ella nyanyi.Hik.Hik.Tak mau komen sape punya lagu lagi besh~

Kembali kepada si A punya cerita.Wah!Nak pergi Jumpa ahli kumpulan Band ????(maaf lupa le nama group si A ni join.Haha.)Em..So,boleh kira artis tak bertauliah juga le kawan Era ni kan?kan?Pergh.HardRockCafe betul!!*merepek la kamu!!

Apa-apa la.Janji saya sayang dia walaupun dan  tak  rindu sangat kat dia.Eh.Tipu.Rindu sangat-sangat kot.
gambar tiada kaitan

Sepanjang minggu ni asyik dengar lagu ‘Fobia Cinta’ .Killer song ni sebab lagu ni mendalam maksudnya walaupun VC dia sweet je.Lagu ni sangat bermakna buat Era sebab ini rasa hati Era pada seseorang.Huhu.Dah.Dah.Layan le.


Pijakkan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Dan sengsara

c/o
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Ku tak sangka
Aku mangsa

Fobia Cinta

Tika kau datang tawarkan segala
Bulan dan Bintang seluruh angkasa
Tapi aku masih ragu-ragu jua

Tak terima
c/o
Entah bila akan dapat percaya semula
Oh Manusia
Yang kata
Cintai mereka

Adakah aku Fobia Cinta
c/o
Fobia Cinta
Denyutan jantung daku tergendala…

Lupa lak nak promo penyanyi lagu ni.Nashrin~Oh Nashrin hensemnyer awak.Awak memang satu-satu artis yang saya admire.(untuk pengetahuan bagi yang nak tahu je la.Era tak pernah nak obsess dengan mana-mana artis sebab poyo.Dulu.Kini sek da lagi.Haha.Please Semek Down Me rite Now!!)



p/s: Tak tau le cite IsninSelasaRabu tu yang kelakar ke tau Era yang happy sangat sampai benda x kelakar pun jadi kelakar nak mampus.
p/s lagi:Mr.K…..I nak jumpa A boleh??(Sambil mengkiutkan muka yang huduh ini.)


signature

06 April 2011

Ratu KaraOKeKO??!

Salam semua.

Semalam keluar lagi dengan Mar dan Ena.Merongeng tahap tak hingat diri tul.Mama kol di MakCik D terpaksa diabaikan huhu.Ibunda maafkan anakda.Aish!Dasar lupa daratan tul saya ni.Ang bagi lagi tugasan kacang perah otak tahap tak hingat!Hoho.Yang menarik dah tak de dateline.Saja je Era malas nak tanya dateline.Hik3~Kejikan saya malas buat keje cepat-cepat sape cepat dia dapat.Aya!Lari chorus la lu munela.Ang berkata.Haha.Walau banyak kerja tapi bila Ena ajak ronggeng tak tolak.Rejeki jangan ditolak Maut jangan dicari.Kaitan??*Garu kelemumur.Euuuw~

Eh.Eh.Ewah~Lain nak cite lain lak yang ko bebelkan ek.Maaf ni sume akibat kesunyian melampau sekarang.*Oik apa ni merapu betul!Abaikan~Berbalik kepada perkara 69 ayat 234 perengan bla…bla…Kami pun berjumpa di McD.Ala dah bagi tahu sikit tadi tak kan tak de perasaan nak perasan?Hik.Hik.Hik.Selepas membeli bekal macam budak tadika kami terus menaiki escalator *Oh!Detailnye hambe..Baik diringkaskan kami ke karaOK kat sebelah snoker sebelah jugak dengan bowling line.Haha.Munera tolong berhenti gelak kang sok nangis abe tak de nak pujuk.Kah.Kah.Kah.Oiiii!!Degil punya budak.*Abaikan skrip monolog tak berbayar ni ek kengkawan.

Layan 25 lagu secara bergilir-gilir denga satu lagu duit duet bersama-sama memang memeritkan anak tekak. Caya le  Ena tarik suara tinggi giler~Tabik toi.toi le.Satu je lagu dari dulu (zaman U) nyanyi tak berapa nak fail le pitching*Koya je padahal kelaut gak.Apakah lagunya?Haha.Lagu wajib kalau dah tak tahu nak nyanyi lagu apa…Teng..teng..teng…


TAK MUNGKIN KERANA SAYANG
NYANYIAN ALYAH

Mula nyanyi pun dengan Abe.Ingat lagi mula pegang mic sikit punya malu.Suara pun kuar tak kua je.Lama-lama ambik ko!Dapat mic memang jadi hak milik kekal la jawabnya.*Gile tak hingat dunia.Masa buat FYP.Ha!Apa?Ohhh..FYP tu pe ek.F for Final Y for Year P for Project.Projek Akhir tahun dalam BM.Apa kaitan dengan FYP?Ya!Sudah tentulah sebab waktu ni la saya sangat gila berkaraOK.Hampir hari-hari bertandang KaraOK Alamanda tu sampai adik kat situ pun dah kenal*Emm..Patut malu ke bangga?(Tolong smackdown sikit saya ni.Haha)

OK.OK.Cukuplah bersandar pada kenangan.Kembalilah kepada realiti dan bukannya fantasia bulan madu.Ohohoho.Masa kitaorang berkaraOK tu ada le pulak mic rosak satu(Masyallah BM ku kelaut jugak).So,Mintak le ganti dengan adik comel*Buwek~ kat depan kaunter tu .Laungan azan teriakan kami tergendala seketika waktu.Koma.Koma.Koma.Pitam terus.Erk~

Sambung balik akhirnya setelak budak tu keluar.Tapi mungkin mic tu dengki dengan suara merdu kami maka dia buat hal jugak.Boleh la dari mic 1st tu langsung tak melontarkan pitching kami.Buang air liur je!!Marah~Habis karok kami pun bersurai setelah melihat semua pintu kedai dah tutup di Mines.Itu tanda apa adik-adik?
        
  Gila Karok sampai tak hingat dunia..Ishk..ishk..ishk.           
  
Sekian.

p/s:Era lupa bayar duit karok dengan Mar.Entry ni bukti tak bayar lagi.Mar jom karok lagi…Nanti I bayar balik ek~
p/s lagi:Ayayai.Ayayai.Era tak pernah buat Entry merepak tahap kerepak Chachos macam ni!!Maafkan saya kerana otak dah masuk air.Alamak camne esok nak buat task ni.Aduilaaaaa~~



signature

04 April 2011

Kisah Si Pencacai :Episod 1

Amaran:Cerita ini sangat pendek dan melalut tahap masih ingat diri.hehe~

Hari Pertama Pencacai melangkah dengan gaya balaci ke tempat kerjanya.Mencacai adalah kerja terkininya.Masuk-masuk tempat ditunjuk oleh Kak Enon(bukan nama sebenar).Melanguk sebentar di hadapan mesin pencacai.Lelah mesin buat hal la pulak!Kepoh sekejap tempat mencacai untuk menyelesaikan masalah sekecil kuman itu.

Seketika itu,Hadir seorang lagi pencacai senior yang mengarahkan tugasan pertama buat julung kalinya.Semangat yang berkobar-kobar membuatkan si Pencacai sangat tekun mencacai sehingga lupa diri.

Dalam otak si Pencacai hanya ada kerja.kerja.kerja

to be continued....


signature

01 April 2011

Rongeng Edisi MiEraMarEna

Salam semua,
Lama dah tak membebel kat blog sendiri.Era sihat je.Korang?(haha..bujet dengar je kan)Nak upload gambar ,kamera kat rumah.So,next next next time le.Maybe dapat gaji nanti Era nak beli DSLR le(macam ler ko pandai pakai cik Era oii)haha.Tak pandai tak pe boleh belajar kan…*ceit sendiri cakap sendiri jawab.Sah!Dah gila jadi tolong abaikan saya untuk seketika.
.
.
.
.
OK!Sekarang kembali fokus.Al-kisahnya entry kali ni Era just nak share dengan kome-kome*uih speaking perok lok  tentang apa yang dah terjadi sepanjang Era tak menempek update diri di blog(ada ke yang nak tau pun…OK saya tau saya bukan Dato’CT tapi saya pun ada Datuk K OK!)*Dah pulak apa kes ko ni munera..haha.Seyes abaikan part Datuk K tu..Shhh…hehe.
Era dah pun mula kehidupan baru hampir jugak la dua minggu.Cepatnya masa berlalu!!Menjadi balaci di Patimas adalah amat menarik.Akak kat sini baik-baik je.Dorang ni mungkin lebih dewasa dari Era so kadang  loading nak bercakap dengan dorang sebab tahap pemahaman Era masih tak sampai tahap mereka. So,mereka lebih banyak bercakap daripada Era. Kesian lemah dalam komunikasiTapi Era tau masa akan merubah segalanya.Rilek baru nak warm up je pun.hehe.tapi sebelum tu...Ehem nak berlagak sikit tempat kerja wa ada sauna lu ada??*adui takbur tul smakdown kang baru tau!!!Sekali lagi abaikan~
Cerita lagi.Semalam keluar ronggeng-ronggeng dengan separa daripada ahli Geng 9 yakni tiada kaitan dengan GengBasSekolah mahupun filem Geng Pengembaraan Bermula(alah yang ada Upin Ipin tu!!)Kami Cuma berempat.Mira.Ena.Mar dan opkos la saya.
Habis kerja terus kuar pegi Mines(lokasi beronggeng ).Jumpa kat Pizza Hut.Serius rindu gila dengan diorang*tapi tak sure la dorang rindu tak kat Era..sob..sob.Sebenarnya macam-macam nak story nak gossip(gossip tu yang lebih sebenarnya)tapi tak kesampaian sangat maklumlah hari dah lewat,masing-masing pun dah penat tahap tak hingat.Era memang plan nak jumpa dorang je.So,teman je la Mira dan Mar bershopping tapi dalam tu sempat lagi beli beg +Ayam goreng kat downtown+Roti+ ubat parut(Huhu..korang muka Era dah banyak parut akibat hobi baru yang suka kopek jerawat!LOL!Kepoh je kan??haha)
OK.OK. Continue the story.
Kebanyakkan cerita adalah berkisarkan kehidupan baru sebagai seorang balaci di kompeni masing-masing.Nak dijadikan hot story boleh pulak Era tinggal sebumbung dengan kawan baik lelaki Mar.Opss!!Bukan bersekududukan mahupun berseiringan tapi Era tinggal di blok yang sama dengan dia(mamat tu namanya Megat kot kata Ena)So,lepas ni boleh la Mar datang lepak rumah Era.Kan?kan?
Gaji kawan-kawan Era gempaq beb!Hebat mereka-mereka ni.Era budak baru belajar mana la boleh nak challenge dorang.Serius Era bangga dengan mereka.Kita dah punya kehidupan masing-masing tapi harap tak lupa la pada saya di sini.Aceh~Shahdu lak sekejap.
Walaupun kejap tapi ia bermakna buat saya.Terima kasih kawan-kawan semua!!
p/s: Hajat nak jumpa boleh la kot nak bincang pasal vacation bersama-sama.Harap semua ada la hari tu.Tapi…entahlah~

Dari meja cikera,
signature

Kerja itu amal

Hoho.Hoooooolick!
Semalam baru dapat kerja yang OK sangat menelan air liur melihatnya.Haha bukan sebab teruja tapi lebih pada sebab terkilas di hati mampu ke nak siapkan semua task tu dalam masa 3 hari.Teguk air liur lagi bila Ang cakap.
                “Kalau siap dalam 3 hari lagi bagus”
Erk!Tercekik tulang dinosor..
Sebelum balik terserempak dengan kak Madihah.Seyes terkejut jugak dari Ampang dia drive dengan perut boyot*bukan sebab dia XXL tapi sebab dia mengandung OK!hehe.Tiba-tiba terfikir satu idea,baik Era duduk rumah parent je la.Jimat yang amat!!Ampang tu dah dekat dah dengan kampung Era.Haha.Sengal je kan.OK tak kelakar!Dah babai lubiu korang.

p/s:Entry saya memang selalu merapu.Harap maaf.Sekian.
p/s lagi:Hari esok nak buat bla..bla…dan mesti dapat siap..bla…bla… :}.



signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers