MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

06 April 2011

Ratu KaraOKeKO??!

Salam semua.

Semalam keluar lagi dengan Mar dan Ena.Merongeng tahap tak hingat diri tul.Mama kol di MakCik D terpaksa diabaikan huhu.Ibunda maafkan anakda.Aish!Dasar lupa daratan tul saya ni.Ang bagi lagi tugasan kacang perah otak tahap tak hingat!Hoho.Yang menarik dah tak de dateline.Saja je Era malas nak tanya dateline.Hik3~Kejikan saya malas buat keje cepat-cepat sape cepat dia dapat.Aya!Lari chorus la lu munela.Ang berkata.Haha.Walau banyak kerja tapi bila Ena ajak ronggeng tak tolak.Rejeki jangan ditolak Maut jangan dicari.Kaitan??*Garu kelemumur.Euuuw~

Eh.Eh.Ewah~Lain nak cite lain lak yang ko bebelkan ek.Maaf ni sume akibat kesunyian melampau sekarang.*Oik apa ni merapu betul!Abaikan~Berbalik kepada perkara 69 ayat 234 perengan bla…bla…Kami pun berjumpa di McD.Ala dah bagi tahu sikit tadi tak kan tak de perasaan nak perasan?Hik.Hik.Hik.Selepas membeli bekal macam budak tadika kami terus menaiki escalator *Oh!Detailnye hambe..Baik diringkaskan kami ke karaOK kat sebelah snoker sebelah jugak dengan bowling line.Haha.Munera tolong berhenti gelak kang sok nangis abe tak de nak pujuk.Kah.Kah.Kah.Oiiii!!Degil punya budak.*Abaikan skrip monolog tak berbayar ni ek kengkawan.

Layan 25 lagu secara bergilir-gilir denga satu lagu duit duet bersama-sama memang memeritkan anak tekak. Caya le  Ena tarik suara tinggi giler~Tabik toi.toi le.Satu je lagu dari dulu (zaman U) nyanyi tak berapa nak fail le pitching*Koya je padahal kelaut gak.Apakah lagunya?Haha.Lagu wajib kalau dah tak tahu nak nyanyi lagu apa…Teng..teng..teng…


TAK MUNGKIN KERANA SAYANG
NYANYIAN ALYAH

Mula nyanyi pun dengan Abe.Ingat lagi mula pegang mic sikit punya malu.Suara pun kuar tak kua je.Lama-lama ambik ko!Dapat mic memang jadi hak milik kekal la jawabnya.*Gile tak hingat dunia.Masa buat FYP.Ha!Apa?Ohhh..FYP tu pe ek.F for Final Y for Year P for Project.Projek Akhir tahun dalam BM.Apa kaitan dengan FYP?Ya!Sudah tentulah sebab waktu ni la saya sangat gila berkaraOK.Hampir hari-hari bertandang KaraOK Alamanda tu sampai adik kat situ pun dah kenal*Emm..Patut malu ke bangga?(Tolong smackdown sikit saya ni.Haha)

OK.OK.Cukuplah bersandar pada kenangan.Kembalilah kepada realiti dan bukannya fantasia bulan madu.Ohohoho.Masa kitaorang berkaraOK tu ada le pulak mic rosak satu(Masyallah BM ku kelaut jugak).So,Mintak le ganti dengan adik comel*Buwek~ kat depan kaunter tu .Laungan azan teriakan kami tergendala seketika waktu.Koma.Koma.Koma.Pitam terus.Erk~

Sambung balik akhirnya setelak budak tu keluar.Tapi mungkin mic tu dengki dengan suara merdu kami maka dia buat hal jugak.Boleh la dari mic 1st tu langsung tak melontarkan pitching kami.Buang air liur je!!Marah~Habis karok kami pun bersurai setelah melihat semua pintu kedai dah tutup di Mines.Itu tanda apa adik-adik?
        
  Gila Karok sampai tak hingat dunia..Ishk..ishk..ishk.           
  
Sekian.

p/s:Era lupa bayar duit karok dengan Mar.Entry ni bukti tak bayar lagi.Mar jom karok lagi…Nanti I bayar balik ek~
p/s lagi:Ayayai.Ayayai.Era tak pernah buat Entry merepak tahap kerepak Chachos macam ni!!Maafkan saya kerana otak dah masuk air.Alamak camne esok nak buat task ni.Aduilaaaaa~~



signature

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers