MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

27 February 2011

Tips:Cara saya bersedia ditemuduga

Salam semua,

Lama dah tak tempek something kat sini.Sibuk sikit.Esok Era kena pergi interview untuk kedua kali dengan satu syarikat swasta ni.Rasa tak percaya jugak*sebab ada dekat sebulan Era tunggu.Ingat dah kena reject tapi Alhamdulilah ada lagi rezeki Era nak kerja sebelah swimming pool*haha lari nawaitu suda!




Just nak share apa yang Era buat last interview dengan this latest interview preparation.Maklumlah,kalau kita tak prepare memang beberapa penyakit ni akan datang time nak interview nanti.Based on pengalaman Era kalau kita tak prepare dan ingat kita boleh jawab semua soalan dengan tahap spontan masa temuduga,memang SILAP BESARlah.

Sebabnya?
1. nervous!Yup Ah Loi!!Tipu besar kalau ada yang cakap korang tak nervours.Tanpa persediaan, wajiblah tiba-tiba muncul persaan cuak ni masa ditanya soalan-soalan yang mungkin simple tapi sebab tak dijangka ,kita tewas dengan kata-kata sendiri.Adoi..sedih..
2. gagap.Kesinambungan dari perasaan cuak tadi mungkin.Tiba-tiba grammar boleh tunggang terbalik.Vocabulary boleh hilang dengan tak semana-mena ditambah dengan 'emm....' 'kan...'yang meleret-leret mesti buat si penemuduga tahu ke'cuak'an kita.Maka!Kantoilah di situ...

Oleh itu,*Wah macam berpidato lak.
Era pun try survey kenapa ada yang berjaya dan bagaimana mereka berjaya menawan hati penemuduga ni.Mesti ramai yang nak tau kan?Sebelum tu,Era nak bagi peringatan bahawa tips-tips ni semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan hasil experiment*pergh*Era dengan beberapa penemuduga sebelum ni.So,mungkin tips ni boleh membantu korang yang bergelar si penanam anggur ni.

Cara Era :
1.Checklist
Yes!Checklist penting.Buat senarai pendek seperti dokumen yang diperlukan dan apa-apa salinan yang diperlukan supaya tak ada la kita tertinggal masa temuduga tu nanti(Attitude tinggal barang ni boleh buat mereka beranggapan yang kita ni clumsy.Mesti kita tak nak mereka reject kita sebelum kita buka mulut nak perkenalkan diri.Betul tak?)Selain daripada dokumen,masukkan juga point seperti fitting pakaian ke temuduga,soalan yang dijangka dan juga check/update gambar IC.

2.Jawab soalan yang dijangka
Memang banyak website yang terangkan tentang soalan lazim yang akan ditanya oleh penemuduga.So,Google dan rekalah jawapan terbaik anda.Amalkan sikap ni!Untungnya,kalau mereka tanya dah confident kita ada point tersendiri dan lebih yakin nak elobarate point kita tu.Serius,masa 1st interbiu hari tu,Era cuma jawab satu je soklan lepas tu dia cakap 'interesting' and terus tanya bila Era boleh start.Lepas tu ,dia yang lebih banyak potpetpotpet terang kat Era tentang bakal kerja Era tu.

Antara soalan lazim yang akan ditanya?
a. Tell me about yourself : Ini soalan 'killer' sebab melalui soalan ni la kita akan dikategorikan.Mesti ramai yang terfikir nak bagitahu pasal keluarga,hobi,asal dan personal detail korang kan??Erm..salah tu sayang-sayang oii..Apa yang mereka cari adalah objektif anda dalam karier.Masa ni la kita nak yakinkan mereka apa yang kita tahu dan apa yang buat kita tertarik nak apply kerja/post tu dengan company mereka.So,Elaborate pasal Career Objective dan pengalaman korang yang berkaitan dengan kerja yang dipohon.Insyallah mereka akan tertarik nak ambik korang.Untung-untung macam Era,sebab itu je la soalan yang ditanya pada Era lepas tu Era je yang tanya dia.*Selamat mak Nyah!

b.What is your biggest strength/weakness ? : Wah!Ni satu soalan yang agak maut pada Era.*kalau ditanya secara spontan la ek.Pada Era,basic nak jawab soalan ni agak mudah.Kenali diri kita dulu sebab ini boleh elak kita dari bagi jawapan yang klise.Senarai baik/buruk diri sendiri dan pilihlah point yang boleh kita terangkan dengan jelas berserta contoh sekali.Bagi menerangkan keburukan tu,sebelum tutup ayat cubalah yakinkan mereka yang kita sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

c.Expected Salary : Soalan ni akan tentukan nasib anda yang seterusnya dan kebanyakkan penanam anggur yang desperate akan bagi expected salary yang terlalu rendah.Oleh itu,Era suggest korang tanya MR.Google tentang range salary untuk post yang korang apply tu ek dan beri harga yang dalam perkadaran tu.Kalau mereka tanya ini ke gaji yang korang mahu,jangan cepat melatah dengan terus cakap"Yup Ah Loi" Rugi tau.Sebab kalau harga tu tinggi:korang terlepas peluang le jawabnya.Kalau harga korang rendah:korang yang rugi,kerja teruk gaji ciput.So,cara Era adalah dengan katakan kepada penemuduga tu yang kita sedia berbincang dan kamu mahu dengar tawaran yang mereka nak beri pada anda dengan alasan kita minat sangat job tu.

3.Fitting
Erm..Mungkin ada yang rasa ini tak penting tapi tahu tak ada syarikat yang kira point grooming ni tau.Era pernah di'interview' dengan keadaan ni.Macam mana Era tau?Ha!Ni nak story..Masa tu dia(si penemuduga) bagi Era satu form.Era ingat kena jawab*Haha..nak gelak dulu sebab teringat betapa sengalnye saya ni.Rupanya itu borang dia nak evaluate Era!Adui.Era tau dah yang Era bakal kena reject.Sob sob..Dalam form tu satu yang Era ingat ada column 'Grooming' yang dia akan komen tentang cara pemakaina kita dan penampilan diri kita.Ha!Dah terbukti penampilan tu penting U'all!So,try la dulu tengok depan cermin*terutama perempuan cuba cari pakaian yang sedap mata memandang bukan yang 'galak' semacam dan kalau pun nak pakai make-up pakailah yang simple.Simplicity is always the best!!

Itu je lah kot..Kepada yang nak berhadapan dengan temuduga macam Era esok ni*hehe.Era ucapkan selamat mencuba tips-tips Era ni.

p/s:Kawan-kawan doakan hamba ek.. :}

With Knowledge I Serve,
signature

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers