MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

26 January 2011

DIYA : Organize Your Closet!

Pening tengok bilik yang sempit & dah xtau mana lagi nak sumbat baju,kasut,beg and macam-macam lagi la stuff menarik dalam bilik tu.Era ada idea macam mana nak organize dan jimat lebih dari 40% ruang untuk kemas dan letak lebih barang-barang dalam almari@closet anda!

Baru-baru ni,Era pun hadapi masalah yang sama.Bilik penuh dengan barang sampai rasa xde mood nak buat pape and rimas tengok barang di mana-mana je dalam bilik sampai kadang-kadang susah nak cari barang tu bila perlu.So,Era nak kongsi beberapa tips yang Era rasa sangat membantu Era yang agak la pemalas nak kemas bilik(hehe..) ni dan yang lebih memeranjatkan,banyak barang yang sebenarnya Era xperlu Era simpan!!

Tips for Organize Your Closet & Stuffs

1. Sediakan beberapa kotak atau guna je drawer anda untuk mengasing baju,beg,kasut mahu pun accessories mengikut compartment masing-masing.Pastikan baju dimasuk ke dalam kotak baju dan kasut dalam kotak kasut.Jangan tersalah masuk pulak ek...
2. Selesai sesi mengasing,kita boleh kemas satu-satu barang-barang kita tu.Pada Era eloklah kalau mula dengan baju dulu(sebab rasanya purata daripada kita mesti ada koleksi baju kan?)

Tip mengemas pakaian :
  • Sure dalam kotak baju/pakaian anda penuhkan.So next step,kita asingkan pakaian tu kepada beberapa bahagian.(Dalam kes ni mungkin anda boleh guna drawer,kotak atau guna je plastik sampah tapi pastikan anda dapat kenal pasti setiap bahagian tu ek...)Cth bahagian yang diasing : baju kerja,baju harian,baju jalan,kostum,seluar,pakaian dalam.[p/s: semasa mengasing tu anda mesti pastikan ada satu kotak tambahan untuk pakaian yang anda rasa dah xperlu/xmuat yang mungkin boleh anda sedekah/jual balik nanti)
  • Selesai asing,kita ke step yang seterusnya iaitu melipat/menyangkut bahagian tu ikut keperluan.Untuk tip melipat dan menyangkut Era akan postkan di entry yang seterusnya ek..
  • Next,kita bolehlah susun pakaian itu mengikut kategori dengan mengingati beberapa perkara ini:
    • Susun mengikut susunan warna (Hitam>Coklat>Merah>Jingga>Kuning>Hijau>Biru>Ungu>Pink>Putih)
    • Diatur mengikut dari colour yang solid/plain kepada yang bercorak
Simple je kan... :}
Sekarang, Jom kita organize pula kasut,beg dan accessories!

3. Untuk beg+kasut dan accessories tips yang digunakan adalah lebih mudah.Kita cuma perlu aturkannya di closet mengikut tip susunan pakaian tadi.Kalau anda mengunakan drawer seperti Era untuk menyimpan beg misalnya,masuk je dalam drawer tu..hik...hik..yang penting kita tahu di mana nak cari beg-beg tu nantikan...kawan-kawan :}

4. Seterusnya,accessories anda mungkin sangat banyak dan kalau nak simpan secara berlonggok mesti akan mencacatkan penglihatan.Tips Era,guna cardboard atau apa-apa yang agak keras sebagai divider bagi setiap compartment accessories tu.Tips ni untuk yang guna drawer la ek.Bagi yang rasa tak der tempat,mungkin anda boleh beli peti yang ada kotak banyak-banyak tu..Maaf,Era lupa la pe namanyer...sorry...atau susah-susah pergi je IKEA sure jumpa accessories holder.Tak mahal,rasa dalam RM40 je or maybe murah lagi dari tu.

5.Selesai sudah!Mula-mula tu maybe la leceh tapi selepas kemas kita akan rasa bilik kita tu a live!!Lepas ni,kena la jaga kekemasan barang yang dah kita kemas molek-molek tu ek.Untuk tips tu Era akan post kemudian ek...hehe~

Selamat mengemas kawan-kawan! Menjaga kebersihan & kekemasan itu pun sebahagian daripada sunnah Rasulullah.So,Jom kita tambah amal!!



With Knowledges I Serve,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers