MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

27 January 2011

LUSTS : luahan untuk semua tegur saya!

Hai semua,

Hari kedua tulis entry rasa macam nak tulis banyak perkara tapi tak tau nak kongsi yang mana dulu..huk2~
Anyway,entry kena tulis juga.Untuk tips semalam,harap maaf masih tak dapat nak upload gambar or any tuto tentang cara nak lipat baju.
Mesti ada yang rasa...lipat baju pun nak kena ber'tips' bagai ke?
Terpulanglah...tapi Era memang tak suka buat sesuatu yang Era rasa tak puas aka taik-taik ayam je...(Aduyai..)
Kalau nak buat sesuatu mesti bersungguh-sungguh walaupun cuma nak kemas meja..kih2(Sebab ni kot adik Era suka sangat gelak kalau Era masuk dapur,kelakar katanya tengok Era masak)

Hari ni Era busy sikit kemas bilik tengah rumah.Kemas meja adik,wardrobe papa...Penat juga sebab nak buat sume tu sorang-sorang..and unfortunately,lepas kemas Era rasa nak nagis lak...jeng...jeng....jeng..Kenapakah?

He..he..sebab esok ari Khamis..asal Khamis malam Jumaat mesti hati Era sebak tak tentu pasal...
Al-Kisah sebenarnya sebab Era teringatkan Arwah Atok...sob3..(time tulis entry pun hati dah mula sayu)
Dari kecil atok la orang yang paling sayangkan Era.Jaga Era.Hantar bekal waktu rehat kat Era.(Aduh airmata dah berjurai-jurai).Masa belek-belek gambar lama , terjumpa  dengan foto arwah...apa yang buat Era sensentap sgt sebab atuk pergi dalam pangkuan Era dan Era agak ralat tak sempat nak hadiahkan atok segulung ijazah!!Tapi tuhan cukup adil,dia bagi ruang untuk Era jaga atok(walau mungkin Era xdpt jaga atok macam atok jaga Era tapi Era syukur dengan peluang tu)

Era selalu rancang nak g tengok kubur atok tapi pagi khamis/jumaat selalu sangat hujan.Insyallah,kalau ada rezeki Era nak pergi kubur atok....
Kepada kawan-kawan yang masih punya atok,nenek,mak,ayah sayangilah keluarga kita itu,kerana mereka adalah harta paling berharga buat kita...

p/s: lusts ni bukan nafsu ek kawan-kawan tapi singkatan kepada "Luahan Untuk Semua Tegur Saya".Era bukakan peluang pada sesiapa saja(xde nak makan dalam ke pe),komen la atas apa saja  topik /luahan Era dalam entry ni...Harap-harap dengan komen tu kita semua dapat mempelajari sesuatu...Amin~



::  Gambar arwah Atok ::

 With Experiences I Growth,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers