MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

29 March 2011

5 perkara tak mampu luah yang terluah


Pernah tak kamu semua hadapi keadaan bila mana nak luahkan sesuatu tapi macam tak mampu nak luah sebab tak nak orang salah faham atau nak selamat keadaan*konon!Mesti pernahkan??

Mesti rasa waktu tu macam satu dunia tak faham hati dan naluri kita.What the heck?!Tapi rilek dulu.Jom spot-check ada tak antara dalam list ni yang korang nak luah tapi...rasa tak mampu.

5 Perkara Yang Tak Mampu Diluah
  • Menghadapi Perasaan perasaan saat dipuji.Serius korang semua akan rasa bangga bila kena puji tapi korang tak tahu macam mana nak hadapi pujian tu.Takut kalau senyum kang orang kata "kembang la hidung tu!".Kalau cakap "tak ada lah.." orang start cakap "ala nak merendah diri pulak" Haish!Habis nak macam mana lagi?Tak mampu nak luahkan perasaan serba salah tu..Huhu.
  • Meluahkan rasa diri tak dihargai.OK waktu ni biasanya kita akan rasa kepercayaan diri sangat menipis senipis limau nipis..*buwek tipu saja.Siapalah dalam hidup ini yang suka diri tak dihargai.Rata-rata semua orang ingin diri dihargai.Sebab tak dihargailah rumah bertangga pun boleh roboh.Kasih yang terjalin bertahun boleh pudar.Tapi kenapa itu berlaku?Emm..Sudah tentu sebab bukan mudah untuk mengaku pada dunia yang kita rasa usaha kita tak dihargai dan terlalu ego untuk meminta penghargaan itu.Kalau minta pun agaknya orang cuma menghargai kerana kesian...Kesian...
  • Meluahkan rasa kasih.OK,keadaan yang Era maksudkan bukan time balak mintak couple atau yang seangkatan tapi bila nak tunjuk akan rasa kasih pada Allah,keluarga.Susah tapi bukan tak ada ye!Kenapa?Sebab dari kecil tak dididik @ diasuh untuk mengucapkan "Papa sayang anak-anak papa!""Mama sayang anak-anak mama!""Mak..Saya sayang mak!Mak lah ibu terbaik di dunia saya!" "Ayah..Your always the best man in my heart!" "Adik-adik ...Akak/Abang sayang kamu semua" "Kak/Abang,adik sayang kamu.Besar esok adik pun nak jadi macam kak&abang!"See.Tanya diri berapa kali dalam seumur hidup kita cakap macam ni dengan family kita?Pada yang Esa...Rasa kita nak sangat menangis atas sejadah mengakui setiap kesalahan kita tapi...cuba congak adakah itu pernah berlaku?Atau kerap mana ia terjadi.
  • Mengaku kesalahan diri.Erm...Mungkin sangat tepat buat orang yang degil dan ego tinggi.Pantang kot nak cakap yang dia yang salah dan lebih suka tuding jari dekat orang lain.Tindakan yang mampu membuat dia percaya dia lebih baik dari yang dituduh tapi itu lah yang tak dapat diluahkan bahawa spesies ni tak mampu terima kenyataan dalam dunia tiada yang 'sempurna'.
  • Meluah rasa tidak puas hati pada keluarga atau orang tersayang.Pernah tak ada antara kamu-kamu yang terasa nak 'sound' je mak bapak bila lebih-lebihkan adik-beradik lain?Sure pernah berlaku kan?kan? atau nak sangat beritahu mak tolonglah faham jiwa anak mak ni ha!!tertekan dengar mak membebel hari-hari...atau tengok perangai 'jelik' kengkawan yang kadang-kadang rasa nak men'curut' je ..tapi atas alasan nak jaga hati/jaga perasaan/tak nak timbul masalah/tak mahu dianggap derhaka maka jiwa batin terkorban.Kesian....
Cukuplah lima kot.Era just nak kongsi.Sesetengah tu memang pengalaman Era dan ada yang Era belajar dari sekeliling.Walau apa pun,mungkin belajar mengenali dan memahami orang lain akan buat kita faham mengapa mereka ber'tindak' sedemikian kepada kita...kerana kadang-kadang ada yang perlu diluah namun bukan mudah untuk meluahkan sesuatu yang tidak biasa terluah ini..

With Knowledge I Share,

signature

23 March 2011

Hikayat Mengong Mahatakhingat

Salam semua..

TQ pada yang add Era*i perasan OK follower dah bertambah.TQTQTQ.Nanti ada masa yang berkualiti Era follow korang balik ek sayang-sayang ku cinta sume.

Al-kisahnya,sekarang di pejabat lagi bosan mengadap coding yang hang memanjang lalu kemari menari-neri gedik nak update blog walau tak ada apa-apa yang menarik untuk ditempek.

Best tak cerita  Hikayat Merong Mahawangsa tu??

Oh ya,update life sekarang menempuh alam kerjaya yang mencabar*poyo amat!!Hari pertama dah dapat task tapi setelah 3 hari masih tak mampu menyelesaikannya dengan sempurna..Ayayai~~

xtau la nape localhost pun nak hang..

mode sekarang umpama mentadak:cuba membiasakan dengan keadaan sekeliling walau kadang-kadang terasa sangat 'ganjil' di antara mereka. k..dah2..balik2!!

Bila jari berkata-kata,

signature

21 March 2011

Saya budak baru belajar kalau salah tolong lepukkan


Ok!Jangan terkejut dengan entry ni(ceh ada ke nak terkejut..haha)Memang hari tu Era bagitahu yang Era tak ada line internet nak teruskan aktiviti berblogging tapi Era dah sediakan entry just untuk mereka yang suka baca blog Era*Erk!!!tercekit tulang ayam.K!Fine!tak ada sudah!(majuk jap huk huk)

Masa post akan delay pada hari pertama Era bergelar "Mak cik cleaner kat Patimas" K.So actual date post ni dibuat adalah pada 18 Mac 2011.

Tak tahu la apa yang akan Era tempuh for the first day kerja...Wondering...Harap yang baik-baik saja. :}

Nanti kita kongsi cerita kita kerja jadi babu kat Patimas ek...

signaturep/s:Sangat harap dapat senior yang sporting...

17 March 2011

Turn Off >3


Salam semua,

Sorry lama dah tak update*bujet ada je yang tunggu nak update pun...sob sob
Mungkin bulan april nanti Era akan menyepi seketika & sepanjang tak tulis entry ni pun most of the time buat BW je kat blog kengkawan dan maaf kalau tak komen apa-apa.
Minda kosong & demam pulak.

Yang amat menyesali,

signature
p/s: bukan malas tapi internet bakal di'terminate' sebab cik puan munera nak mula kerja di BJ.Kaitan?Line internet tak de la!he..(cuba buat muka cute yang tak cute langsung!!K FINE!!Abaikan)

12 March 2011

Saya dan kawan baru saya!

Salam semua,

Baru balik dari medical check up and hantar report kat Plaza Pantai.Lelah sekejap.Seronok rasanya sebab tadi jumpa kawan baru*emmm...actually lebih sesuai dipanggil kenalan kot.Nama dia Azri.Ya!Saya kena ingat nama dia sebab mungkin akan jumpa lagi kat HR sebab dia akan kerja di jalan Duta maka tak akan sama tempat kerja dengan saya.LOL*tak faham kenapa kena ingat tapi nak ingat jugak!! :p



Mula jumpa time medical check up tapi tak ada makna nak tegur la kan sebab ayah ada sebelah.Pergh hebat tak pergi medical check up pun ayah teman?Tak pe la itu tanda ayah Era adalah ayah yang mithali!!!Love you Pa!!Muah!!! OK.Then,lepas selesai urusan di sana terus bergegas ke Plaza Pantai.This time Era jumpa dia kat main entrance.Pastu berkenalan la kami...

Peramah OK orangnya.So,memang sesuai la dengan post dia dapat tu pun.Good Luck to you Mr.Azri !!Maka ,Era yang baru nak belajar beramah-ramah ni layan je la.Potpetpotpet kenalkan diri tanya itu ini*dah macam 3rd interview lak...haha.Tiba-tiba...

Seorang akak cantik datang:"Aik dah kenal ke?"
Kami tercenggang jap.
Azri:"Medical check up sama-sama tadi"
Era:OK Era copy je ayat dia gak..haha :p

Then,Isi borang pun mulut dia sempat potpet cakap dengan Era.Multi-tasking tul budak ni...Bagus.Bagus.Bagus...tapi Era dapat borang lambat Era yang habis dulu dan Era pun keluar dulu dari HR tanpa sempat nak cakap kat dia"Bye Azri!!Jumpa lagi ek.."sebab tengok dia sangat tekun isi borang tu macam jawap SPM je..he *jangan marah ek awak!

p/s: Happy dapat kawan baru*perlu ke?tapi nak happy gak haha.Walau baru kenal tapi not bad la,I proud knowing about you.Such an amazing person he is.
p/s lagi: Yeye!Tak sabar nak mula hidup baru!Semoga segalanya baik-baik sahaja.TQ pada semua yang mendoakan kejayaan Era.Era sayang kamu semua!!XOXO

With Love I Blossom,

signature

08 March 2011

Happy Bufday To You Sayang..


Salam semua,

Wah!Ramai sungguh nak sambut birthday orang-orang tersayang dalam hidup bulan ni.Hihi :}
Today is my mother , my friend (Suliana) and berkongsi dengan  Nora Danish birthday U'all.

suka kalau kak nora pakai tudung..tomei.tomei.tomei :}


Hadiah untuk ibu tercinta dah lama bagi ,sebab adik-adik  tak ada hari ini.So,bagilah masa diorang ada haritu.Mama buat cheesecake ...NyumNyum.. :p
Sambut kecil-kecilan saja.

p/s:Saya rindu seseorang...Huhu.. :{
p/s lagi:Rasa-rasa time bufday saya nanti dia nak ingat ke tak ek*OK tolong abaikan...he :}

With Emotion I Blossom,

signature

07 March 2011

Video Pertama Cikera[ Apa saya mau jadi] :}


Salam semua,

Mula-mula Era nak gelak dulu...HAHAHAHA... :O

Boring semalam so ambik keputusan untuk membuat kerja sengal di malam hari.Yeah!Ini adalah hasilnya.
Kawan-kawan,Era buat video ni main-main je tak ada idea nak buat pasal apa.Jadi tibai saja la labu!!LOL

Erm...kalau nak komen sesila la... :}
Selamat menonton.suka ringan-ringankan tangan tekan butang 'like' ek..Terima kasih.Sekian.

video 



With Emotion I Express,

signature

04 March 2011

Selamat Hari lahir Mak Dak!!

Salam Semua..

Huhu..last Tuesday is my aunty birthday.Tak wish pun....sob sob..but better late than never kan?kan?kan?

Wish her a lot of bless and happiness for the next-next years.Amin. :}

p/s: Hari tu time pergi interview Era sempat beli hadiah untuk MAMA cox birthday dia 7th March ni...Shhh~~
p/s lagi: ehem..taniah pada cousin yang baru lauch album dia.Giler femes!!Nak saiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin~

With Love I Sparkle,

signature

02 March 2011

Cikera new blogger community Faceblog!! (o..O)B



 TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Contest Cik Bibah : "Saya nak teddy bear"





Bosan tak boleh tidur + anjing menyalak buat meremang bulu roma = blogwalking lagi & lagi.Akhirnya jumpa something kat blog cik bibah si kucingoren.

Ada contest!*Selalu buat bodoh je kalau ada contest-contest ni tapi entah kenapa nak join contest ni pulak.Saya join ek cik bibah!! :}

Menjawab kepada pra-syarat contest ni,Era nak teddy bear yang macam mana??Teng..teng..teng..

Kriteria Teddy Bear Cikera:

1. Berwarna coklat
Kenapa?Sebab Era suka la!LOL.*Acah je.Era suka yang berwarna coklat sebab senang nak jaga tapi kalau warna hitam macam ngeri jer.So,coklat maybe the middle between black & white.

2.Bermata hitam
Takut kot kalau warna merah...*Erk.


3.Berbulu lembut
Kalau cik bibah bagi yang bulu lembut confirm Era bawak tidur!Hehe :} Hari-hari usap teddy tu.Nak kucing tak kesampaian dapat teddy bear pun best jugak kan???he..

4.Ada Ekor kontot
Tak pasti kenapa suka mungkin sebab boleh kepak-kepak ekor tu kot.LOL

5.Bersaiz sederhana
Mudah untuk Era bawa kemana-mana.Orang bagi mesti la kita kena hargai *Ceh!Bujet macam dah dapat lak..he :p


Emm....Tu je la cik bibah.TQ sebab add Era ek ritu... :}Keep in touch K!!

p/s:Ni syarat-syarat nak masuk contest "Saya nak Teddy Bear".Siapa minat jom serang blog kucingoren ek!!
Kalau nak....

1- Kena ader blog
2- Yang ni tak wajib. Sukati la. Ap tu yu. Follow blog DBK ni dan/atau like page DBK.
3- Buat entry ngan tajuk 'Saya Nak Teddy Bear'. Letak skali gambar teddy bear putih yang kat atas ni. Link kan ke entry ni.
4- Entry tu mesti la kena describe teddy bear yang korang nak tuh. Lagi detail lagi bagus.
5- Tag la kat saper2 pun. Sorang okey gak. Tak nak tag pun takper. Tak paksa. Pastikan yang kena tag tu tahu.
6- Pastekan link entry kat komen post ni.
7- Jangan lupa sertakan skali syarat2 ni lam entry tu.
8- Letak gambar ni kat sidebar lau nak...

Suka-suka masuk bertanding,

signature

01 March 2011

Jalan-jalan cari kerja!!

Salam semua,

Tak ada apa-apa yang nak dikongsi*ada tapi penat+malas=nak tidur! haha..
Just nak ucap TQ to MR.G&Miss M sebab kamu buat saya tersenyum macam kambing.TQTQTQ...

Pengalaman yang hebat naik Putra LRT&Komuter setelah setahun lebih tak jejak KL Central.

Apa lagi,2nd interview 30 minit je!!Awak buat saya terasa..
"Dapat ke kerja sebelah swimming pool ni?"huk3..nebes -nebes

With Journey I Survive,

signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...