MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

29 March 2011

5 perkara tak mampu luah yang terluah


Pernah tak kamu semua hadapi keadaan bila mana nak luahkan sesuatu tapi macam tak mampu nak luah sebab tak nak orang salah faham atau nak selamat keadaan*konon!Mesti pernahkan??

Mesti rasa waktu tu macam satu dunia tak faham hati dan naluri kita.What the heck?!Tapi rilek dulu.Jom spot-check ada tak antara dalam list ni yang korang nak luah tapi...rasa tak mampu.

5 Perkara Yang Tak Mampu Diluah
  • Menghadapi Perasaan perasaan saat dipuji.Serius korang semua akan rasa bangga bila kena puji tapi korang tak tahu macam mana nak hadapi pujian tu.Takut kalau senyum kang orang kata "kembang la hidung tu!".Kalau cakap "tak ada lah.." orang start cakap "ala nak merendah diri pulak" Haish!Habis nak macam mana lagi?Tak mampu nak luahkan perasaan serba salah tu..Huhu.
  • Meluahkan rasa diri tak dihargai.OK waktu ni biasanya kita akan rasa kepercayaan diri sangat menipis senipis limau nipis..*buwek tipu saja.Siapalah dalam hidup ini yang suka diri tak dihargai.Rata-rata semua orang ingin diri dihargai.Sebab tak dihargailah rumah bertangga pun boleh roboh.Kasih yang terjalin bertahun boleh pudar.Tapi kenapa itu berlaku?Emm..Sudah tentu sebab bukan mudah untuk mengaku pada dunia yang kita rasa usaha kita tak dihargai dan terlalu ego untuk meminta penghargaan itu.Kalau minta pun agaknya orang cuma menghargai kerana kesian...Kesian...
  • Meluahkan rasa kasih.OK,keadaan yang Era maksudkan bukan time balak mintak couple atau yang seangkatan tapi bila nak tunjuk akan rasa kasih pada Allah,keluarga.Susah tapi bukan tak ada ye!Kenapa?Sebab dari kecil tak dididik @ diasuh untuk mengucapkan "Papa sayang anak-anak papa!""Mama sayang anak-anak mama!""Mak..Saya sayang mak!Mak lah ibu terbaik di dunia saya!" "Ayah..Your always the best man in my heart!" "Adik-adik ...Akak/Abang sayang kamu semua" "Kak/Abang,adik sayang kamu.Besar esok adik pun nak jadi macam kak&abang!"See.Tanya diri berapa kali dalam seumur hidup kita cakap macam ni dengan family kita?Pada yang Esa...Rasa kita nak sangat menangis atas sejadah mengakui setiap kesalahan kita tapi...cuba congak adakah itu pernah berlaku?Atau kerap mana ia terjadi.
  • Mengaku kesalahan diri.Erm...Mungkin sangat tepat buat orang yang degil dan ego tinggi.Pantang kot nak cakap yang dia yang salah dan lebih suka tuding jari dekat orang lain.Tindakan yang mampu membuat dia percaya dia lebih baik dari yang dituduh tapi itu lah yang tak dapat diluahkan bahawa spesies ni tak mampu terima kenyataan dalam dunia tiada yang 'sempurna'.
  • Meluah rasa tidak puas hati pada keluarga atau orang tersayang.Pernah tak ada antara kamu-kamu yang terasa nak 'sound' je mak bapak bila lebih-lebihkan adik-beradik lain?Sure pernah berlaku kan?kan? atau nak sangat beritahu mak tolonglah faham jiwa anak mak ni ha!!tertekan dengar mak membebel hari-hari...atau tengok perangai 'jelik' kengkawan yang kadang-kadang rasa nak men'curut' je ..tapi atas alasan nak jaga hati/jaga perasaan/tak nak timbul masalah/tak mahu dianggap derhaka maka jiwa batin terkorban.Kesian....
Cukuplah lima kot.Era just nak kongsi.Sesetengah tu memang pengalaman Era dan ada yang Era belajar dari sekeliling.Walau apa pun,mungkin belajar mengenali dan memahami orang lain akan buat kita faham mengapa mereka ber'tindak' sedemikian kepada kita...kerana kadang-kadang ada yang perlu diluah namun bukan mudah untuk meluahkan sesuatu yang tidak biasa terluah ini..

With Knowledge I Share,

signature

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers