MY BANNER COMUNITY

CERITERA WARNA WARNI KEHIDUPAN KakiBLOGGER Photobucket

MY TABUNG KAHWIN

27 February 2011

Tips:Cara saya bersedia ditemuduga

Salam semua,

Lama dah tak tempek something kat sini.Sibuk sikit.Esok Era kena pergi interview untuk kedua kali dengan satu syarikat swasta ni.Rasa tak percaya jugak*sebab ada dekat sebulan Era tunggu.Ingat dah kena reject tapi Alhamdulilah ada lagi rezeki Era nak kerja sebelah swimming pool*haha lari nawaitu suda!




Just nak share apa yang Era buat last interview dengan this latest interview preparation.Maklumlah,kalau kita tak prepare memang beberapa penyakit ni akan datang time nak interview nanti.Based on pengalaman Era kalau kita tak prepare dan ingat kita boleh jawab semua soalan dengan tahap spontan masa temuduga,memang SILAP BESARlah.

Sebabnya?
1. nervous!Yup Ah Loi!!Tipu besar kalau ada yang cakap korang tak nervours.Tanpa persediaan, wajiblah tiba-tiba muncul persaan cuak ni masa ditanya soalan-soalan yang mungkin simple tapi sebab tak dijangka ,kita tewas dengan kata-kata sendiri.Adoi..sedih..
2. gagap.Kesinambungan dari perasaan cuak tadi mungkin.Tiba-tiba grammar boleh tunggang terbalik.Vocabulary boleh hilang dengan tak semana-mena ditambah dengan 'emm....' 'kan...'yang meleret-leret mesti buat si penemuduga tahu ke'cuak'an kita.Maka!Kantoilah di situ...

Oleh itu,*Wah macam berpidato lak.
Era pun try survey kenapa ada yang berjaya dan bagaimana mereka berjaya menawan hati penemuduga ni.Mesti ramai yang nak tau kan?Sebelum tu,Era nak bagi peringatan bahawa tips-tips ni semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan hasil experiment*pergh*Era dengan beberapa penemuduga sebelum ni.So,mungkin tips ni boleh membantu korang yang bergelar si penanam anggur ni.

Cara Era :
1.Checklist
Yes!Checklist penting.Buat senarai pendek seperti dokumen yang diperlukan dan apa-apa salinan yang diperlukan supaya tak ada la kita tertinggal masa temuduga tu nanti(Attitude tinggal barang ni boleh buat mereka beranggapan yang kita ni clumsy.Mesti kita tak nak mereka reject kita sebelum kita buka mulut nak perkenalkan diri.Betul tak?)Selain daripada dokumen,masukkan juga point seperti fitting pakaian ke temuduga,soalan yang dijangka dan juga check/update gambar IC.

2.Jawab soalan yang dijangka
Memang banyak website yang terangkan tentang soalan lazim yang akan ditanya oleh penemuduga.So,Google dan rekalah jawapan terbaik anda.Amalkan sikap ni!Untungnya,kalau mereka tanya dah confident kita ada point tersendiri dan lebih yakin nak elobarate point kita tu.Serius,masa 1st interbiu hari tu,Era cuma jawab satu je soklan lepas tu dia cakap 'interesting' and terus tanya bila Era boleh start.Lepas tu ,dia yang lebih banyak potpetpotpet terang kat Era tentang bakal kerja Era tu.

Antara soalan lazim yang akan ditanya?
a. Tell me about yourself : Ini soalan 'killer' sebab melalui soalan ni la kita akan dikategorikan.Mesti ramai yang terfikir nak bagitahu pasal keluarga,hobi,asal dan personal detail korang kan??Erm..salah tu sayang-sayang oii..Apa yang mereka cari adalah objektif anda dalam karier.Masa ni la kita nak yakinkan mereka apa yang kita tahu dan apa yang buat kita tertarik nak apply kerja/post tu dengan company mereka.So,Elaborate pasal Career Objective dan pengalaman korang yang berkaitan dengan kerja yang dipohon.Insyallah mereka akan tertarik nak ambik korang.Untung-untung macam Era,sebab itu je la soalan yang ditanya pada Era lepas tu Era je yang tanya dia.*Selamat mak Nyah!

b.What is your biggest strength/weakness ? : Wah!Ni satu soalan yang agak maut pada Era.*kalau ditanya secara spontan la ek.Pada Era,basic nak jawab soalan ni agak mudah.Kenali diri kita dulu sebab ini boleh elak kita dari bagi jawapan yang klise.Senarai baik/buruk diri sendiri dan pilihlah point yang boleh kita terangkan dengan jelas berserta contoh sekali.Bagi menerangkan keburukan tu,sebelum tutup ayat cubalah yakinkan mereka yang kita sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

c.Expected Salary : Soalan ni akan tentukan nasib anda yang seterusnya dan kebanyakkan penanam anggur yang desperate akan bagi expected salary yang terlalu rendah.Oleh itu,Era suggest korang tanya MR.Google tentang range salary untuk post yang korang apply tu ek dan beri harga yang dalam perkadaran tu.Kalau mereka tanya ini ke gaji yang korang mahu,jangan cepat melatah dengan terus cakap"Yup Ah Loi" Rugi tau.Sebab kalau harga tu tinggi:korang terlepas peluang le jawabnya.Kalau harga korang rendah:korang yang rugi,kerja teruk gaji ciput.So,cara Era adalah dengan katakan kepada penemuduga tu yang kita sedia berbincang dan kamu mahu dengar tawaran yang mereka nak beri pada anda dengan alasan kita minat sangat job tu.

3.Fitting
Erm..Mungkin ada yang rasa ini tak penting tapi tahu tak ada syarikat yang kira point grooming ni tau.Era pernah di'interview' dengan keadaan ni.Macam mana Era tau?Ha!Ni nak story..Masa tu dia(si penemuduga) bagi Era satu form.Era ingat kena jawab*Haha..nak gelak dulu sebab teringat betapa sengalnye saya ni.Rupanya itu borang dia nak evaluate Era!Adui.Era tau dah yang Era bakal kena reject.Sob sob..Dalam form tu satu yang Era ingat ada column 'Grooming' yang dia akan komen tentang cara pemakaina kita dan penampilan diri kita.Ha!Dah terbukti penampilan tu penting U'all!So,try la dulu tengok depan cermin*terutama perempuan cuba cari pakaian yang sedap mata memandang bukan yang 'galak' semacam dan kalau pun nak pakai make-up pakailah yang simple.Simplicity is always the best!!

Itu je lah kot..Kepada yang nak berhadapan dengan temuduga macam Era esok ni*hehe.Era ucapkan selamat mencuba tips-tips Era ni.

p/s:Kawan-kawan doakan hamba ek.. :}

With Knowledge I Serve,
signature

23 February 2011

Sambungan Mak cik Kompius!!

Assalamualaikum sayang-sayang yang baca entry ni...

*i mean to the gurl only hehe..*.Guess tak de kot lelaki yang datang singgah skodeng blog ni...by the way tak pe ...kehadiran anda adalah dialukan jugak ek.

:}

Just nak beri tahu pada semua yang akhirnya Era tak jadi tukar url..haha. 

*Sengal tu la kan..nak buat macamne.*

And happy news to all blogger out site there yang ada banner tu..Jom tukar-tukar dengan Era!!!Pada yang nak Era tolong buatkan banner pun no hal..email Era kat muneramustafa@rocketmail.com.*tapi yang simple-simple tu ley la kot.huk3*Tak cantik jangan marah ek :p

p/s:ada error ritu.tertinggal c dekat alamat email..sob..sob...harap maaf.

With Knowledge I Serve,

20 February 2011

Hati-hati dengan Window AV !!

OK...Malas nak citer pasal malware ni tapi sangat sakit hati tadi sebab kena tipu dengan si Window AV!!Ada ke patut buat anti-virus palsu!!!*Ishk..saja bagi orang buat dosa kering*
Ada jugak dalam sebakul menyumpah si Window ni...Aduiyai..

Pe yang boleh Era kongsikan dekat sini*In case la kalau kamu-kamu semua terjebak dalam masalah yang sama ni*

(Based on my true story ek kawan-kawan.So kalau nak penerangan details tak dapatlah makcik nak tolong...)



Simptom yang dihadapi:
Era buka satu website ni.Then,tak sampai 5 saat,pop-up satu mesej "Your PC got virus...and bla..bla..."*sorry tak ingat sebab cuak lebih..haha!* Lepas tu,keluar arahan suruh kita download Window AV ni.Korang mesti panickan*yang tak berapa nak cerdik macam Era je la ek* so for sure korang akan klik OK je.Then proceed dengan installation.Time ni tak ada apa-apa yang aneh akan berlaku*So,confident la yang ni anti-virus**Ngek!!!*

Tiba-tiba!Jeng..Jeng..Jeng!!!Tiap kali korang klik apa-apa software terutamanya Mozilla atau IE si malware ni mesti pop-up mesej PC korang ada trojan la....virus...ni la...tu la....potpetpotpet*memang sangat annoying!!*Panik bertambah...kui..kui..kui..

Jadi apakah yang akan korang lakukan kalau dah jadi kat korang macam tu?Dah serupa macam tak ada PC je kan rasa...Nasib Era ada PC adik Era...Pegi la GOOOGLE  jap...Then jumpa solutionnye..*Hampeh!Time ni la baru tahu yang malware rupanyer anti-virus ni!!!Chesscake betul!!

Cara Malware ni 'attack' PC korang adalah dengan meng'pop-up'kan mesej palsu yang kononya software tu ada virus untuk paksa korang purchase anti-virus palsu ni.Time ni jugak Era perasan yang ni bukan anti-virus...Takkan banyak sangat virus dalam laptop ni kot..tau la memang tak ada anti-virus..*Haha..kantoi! :}*

So,Cara nak selesai?Erm....
Malas nak terang detail-detail....
Kalau nak yang lengkap korang boleh tengok kat link ni....

http://www.bleepingcomputer.com/virus-removal/remove-windows-av-software

Tapi secara ringkasnya Era boleh terangkan yang korang perlu buat beberapa step ni:
1. Ikut je la apa malware tu suruh sampai keluar 'License Manager' *sorry tak de gambar nak tayang*
2. Tutup message box tu.Pastu dengan bantuan PC/Laptop orang lain download satu software nama 'RKill'
 pada link ni  http://www.bleepingcomputer.com/download/anti-virus/rkill
3. Install Rkill tu dalam PC yang kena serang dengan malware tu.Masa ni malware ni akan pop-up tak henti-henti dengan harapan yang kita akan percaya software Rkill ni ada banyak virus.So,advise buat bodoh dengan mesej tu dan tak payah rajin-rajin nak tutup mesej tu sebab nanti malware ni akan hantar lagi dan lagi.
4.Selesai install,Rkill akan terus me'nyah'kan malware ni.Korang akan lihat macam 'command prompt' keluar dalam proses ni.Bila malware tu dah berhenti serang itu tanda yang Rkill dah berjaya melakukan tugasnya.
5.Come to the next step,go to this link http://download.bleepingcomputer.com/reg/shell.reg untuk download shell.reg*bertujuan untuk audit Window Registry Shell*Ikut je arahan installation.Then reboot.
6.Kemudian ,download dan install MBAM (Malwarebytes' Anti-Malware)http://www.bleepingcomputer.com/download/anti-virus/malwarebytes-anti-malware.Selesai install akan keluar interface macam ni:



7.Pilih radio button 'Perform full scan'.Tekan button'Scan' dan tunggu software ni scan malware tu.Lepas keluar log,tutp log dan pergi pada interface kat atas ni balik dan klik'Show Details'.*semua malware tu akan pop-up* macam ni:







8. Klik semua check button dan tekan butang 'Remove Selected'.
9.Tutup meseg box ni bila dah selesai semua malware tu di quarantine 
10. Insyallah,malware tu tak akan pop-up lagi...Alhamdulilah~~~

With Knowledge I Share,


18 February 2011

Mak cik Kompius!!

Salam semua,

Hihi.post entry tajuk nak gempak ...(gempak ke?*erk*).

Found new blog that quiet awesome to deal with.Especially to Era yang baru bertatih dalam ber'blogging' ni...Aduiyai....

Tapi,
Yang tak berapa best banyak code tak boleh nak baca.Aishemen....terbantut niat nak tukar url blog...

So,
Era buat keputusan untuk buat dua blog..blog ni versi malay+ english and the other blog versi english+malay...
Sama?Eh..mana ada sama...blog ni akan guna bahasa melayu dengan sebaik mungkin...tapi harap maaf kalau tersasul tangan ni taip bahasa inggeris tu ek...and vice versa untuk blog lagi satu.

Ni url blog baru Era.Maybe Era akan lebih fokus pada blog baru ni kot...(sebab de tweet....ceh!ALASAN)

Go there and for those yang ada banner nak exchange boleh exchanged dengan Era kat sana.Blog ni...tak tau la bila nak buat macam tu...

link to my new blog ---> http://cikera.weebly.com
also if you want to follow my tweet ---> http://twitter.com/#!/thecikera

So pe lagi jum singgah-singgah...See what new tutorial i made for the first time ever!!Hahaha..

my banner!!LOL


p/s:Sengal gile tengok diri sendiri buat tuto bisu...anyway fun!

With Emotion I Explode,


16 February 2011

LUSTS : I love U OPPA!OMG

Assalamualaikum...

Just drop by entry yang OMG ni..hehe(OMG le sangat kan)

OMG!I fall in love with Tae Yong...rasa nak pitam tengok appearance dia...Wah!

suka sangat mata sepet-sepat macam mashimaro oppa..

oppa nak sain....(tiba-tiba teringat mira...hehe)


p/s: oppa = abang
p/s lagi: this month project DIYA sudah siap..plus plus sudah hafaz ad-dhuha..hoye3~(saya bangga jadi ex-anak murid Ustazah Mastura!!)
p/s tambahan lagi: berapa banyak mau pesan da..haha.Nanti my sis balik ,Era mintak camERA upload bagi korang cuci mata k...
p/s lagi dan lagi: OK!last...nak bagitau gak akhirnya berjaya wat beg jenama sendiri..korang de?

14 February 2011

MINE: I miss you like crazy....


Pergh I miss them so much...

Ni video yang C-Kin buat aka adik kecil cumel.....hehe.Tiba-tiba terjumpa di UTube...
Emm...Dorang windu x kat Era??Haha...

Mau balik belajar kat KMM..because there is the place i know about one amazing word...FRIEND!!!
Korang x mati dalam hati mak NYAH.....he...muah3...

With Love I Sparkle,

LUSTS: Anda sayang Rasul Allah anda lebih dari Laling anda ke? [Just for people call themselve a MUSLIM]

Salam...

Esok hari besar and bersejarah buat semua umat islam..Happy Bufday Nabi & Rasul teragung dan yang terakhir diperintahkan oleh Allah untuk memimpin umat islam sejagat.

Tapi,
Hari ni lak Valentine Day!Oh..Era x sambut bukan sebab xde laling d hati...hehe tp rasanyer x perlu kot nak tunjuk kasih sayang pada hari tertentu sebab kita memang dianjurkan dalam islam untuk sentiasa hormat -menghormati dan saling menyayangi antara ummah....

Erm...xde pe nak diulas cuma nak ucap...

SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI 
KEPADA SEMUA UMAT MUSLIMIN DI SELURUH DUNIA
& BERDOA AGAR KEKASIH ALLAH INI DITEMPATKAN YANG TERPUJI SEPERTI YANG DIJANJIKAN ALLAH KEPADANYA...AMIN
 

p/s : Teringat zaman sekolah.Time-time ni ramai orang mesti terima coklat..bunga sekuntum...kad yang comei-comei~Era x merasa sume tu...tp ada aku kesah??hehe..

With Emotion I Growth,

11 February 2011

GPRS: Ikhtilat??


Apa itu IKHTILAT??

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.


BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

IKHTILAT

Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.
§ Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi
§ Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.

KHALWAT

Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai.

SALAH KE???

Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Disini,Terdapat 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-

1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN
· Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya.
· Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.

2- GOLONGAN MUTASAHHILIN
· Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng.
· Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu.

3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN
· Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
· Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
· Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah.

APA YANG SALAH???

Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

[ 1 ] MELIHAT النظر- -

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"

Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi

[ 2 ] SENTUH – المسح -

Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.

[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."

Surah Al-Ahzab 32

[ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )

" Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cara demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"

Surah Al-Ahzab 53

[ 5 ] KHALWAT

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"

Riwayat Imam Bukhari

PECAHAN IKHTILAT

Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :
[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE
1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.

IKHTILAT SYAR'IE
1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud

SYARAT2 IKHTILAT

1- Tidak bersentuhan
2- Menjaga aurat
3- Menjaga adab bercakap
4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.

MENGAPA DITEGAH???

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.
2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat
3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.
4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.
5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.
6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.
7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika.

KESIMPULAN

Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...

"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"

Permasalahan Ikhtilat

Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.

Sabda rasulullah saw:

Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. Hadis Riwayat Turmu

Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.

Firman Allah :
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور ؛ 31 )

Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka. Surah An Nur : 31

Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkan kepada yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.

Firman Allah :
واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب

Maksudnya : " Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." Surah Al Ahzab :53

Selain itu, di sini juga suka untuk dinyatakan beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

1) Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.

2) Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3) Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

Walapun telah jelas hukum serta garis panduan berkenaan ikhtilat namun di sana kita lihat masalah ikhtilat sentiasa berlaku. Siapakah yang harus kita persalahkan?

Dan, lebih menyedihkan lagi bilamana penyakit terbaru ini juga merebak di kalangan mahasiswa Islam di tanah air termasuk warga azhari/ah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk sama-sama memikirkan masalah ini dan berusaha mencari jalan keluar. Kemelut ini tidak boleh dibiarkan. Penyakit yang berjangkit kepada mahasiswa kita ini mesti diubati dan dipulihkan sebelum ia benar-benar menjadi barah yang tidak dapat dirawat lagi. Semua pihak dan segala bentuk jentera mesti digerakkan ke arah itu.

p/s: Islam itu indah dan menyeluruh andai diamati dan dijadikan amalan.Marilah kita sama-sama bangkit dari kejahilan ek kawan-kawan.

p/s lagi: Ni bukan entry yang Era buat sendiri just ambik dari blog lame..hihi...Saja nak kongsi dan sebagai tanda peringatan buat Era juga...Mari kita saling ingat -mengingatkan....

With Knowledge I Serve,

10 February 2011

Surprised Kitty (Original)

British Shorthair kittens dancing

LUSTS : Happy for something I shouldn't happy and sad for something i shouldn't sad..

Salam satu malaysia sume(pergh berjiwa rakyat jap..haha)..and Assalamualaikum bagi yang beragama islam..(Jawab!!wajib tu...)

Act,xnak tulis entry ni tapi ntah la nape terdetik nak tulis n tangan lak gatal...lalala..
So tulis la jugak...
Pagi-pagi buta td(xbuta pun tp Era je yang bangun lambat hahaha..) dpt call dari 1 company ni..Oh!Alhamdulilah..he still care about my 2nd interview.Hati dah gembira macam dah dapat keje je..tahap yakin tu ley r dalam 70-30...tapi pape pun rejeki Allah yang tentukan..So,Era malas nak serabutkan kepala tunggu je r..Hopefully,dapatlah keje kat situ because i can smell what my future will be...hahaha~

And sebab boring amat hari-hari keje tanam anggur je,Era g la jalan-jalan cari pasal kat blog kengkawan.Saja nak tau perkembangan dorang...nak tanya direct segan gak...maklumlah kang dorang tanya ko camne?
Erk!xtau nak jawab..melainkan..

"Aku macam ni la lagi..huk3"

Pastu mulalah terasa diri ni kecil macam semut...Aduiyai...

So,
bila baca blog orang lain terasa macam watak Era de dalam hidup dorang.Terasa ler agak bersaiz 'medium' disaat itu.

"Chill la beb!Bukan ko sorang jer yang ditimpa malapetaka "

and i like the concept of 'gurdian angel' by one of my Geng 9 si Ecah...(clik this to go to her blog).naik r semangat barang sesaat cuma...huk3..[TQ Ecah!Mu dah buat 'amal' kat aku rini...he]

Sebenarnye..
Era nak 'confess' tentang something yang buat Era sedih kebelakangan ni.Xle sedih mane tapi kalau sorang-sorang dalam bilik ada la jugak barang setitis dua 'eye-momoist' yang ter'mengalir'...
Tetiba mesti teringat 'dia' but i know #$%^^& tu memang xakan ingat Era pun...tapi xmengapa....
Xtau kenapa dah 3hari mimpi and ter'PK' benda yang sama jer..Jumpa dia,pastu dia cakap Era sombong!!Oh!Saya xbermaksud nak SOMBONG tapi awak yang buat saya jadi SOMBONG...
Dah ...DN~

p/s: Tak harap pun orang faham Era...tapi kadang-kadang Era faham selagi Era tak buka dua tangan Era terima 'mereka' untuk lebih memahami Era.Confirm 'dorang' tak mungkin memahami siapa Era!So, now i let people know myself and what i feel inside and try the best to express it with my outside expressions..Hope,my transparency will not be misjudge by others...  


With Emotion I Gained,


07 February 2011

DIYA : Fried Chicken Plate (KennyRoger version)

Salam semua,

Baru-baru ni,Era & keluarga de r pegi sebuah restoran omputih kononnyer...Lama sangat dah nak mencuba tapi sebab x berapa yakin dengan menu dalam restoran tu kami selalu batalkan niat.

Review Era tentang KR(Kenny Roger):
Sedap..tapi sevice kat Putrajaya aritu xberapa bagus ler...De ke mintak lain bagi lain...pastu de lak tertinggal pesanan bagai..Ishk3..but my family decide next time no more Kenny Roger.Agak x berbaloi bagi kami sekeluarge...walaumacamnepun..mknn kat sana mmg healthy diet.So,pada yang nak makan sedap but still in diet...Ley r g cuba...and suggested menu is "Quarter Half Chicken Set Menu".Menu ni boleh pilih side dish and kalau pilihan Era..mash potato+fruit salad+sweet rice (Perasaan rasa macam makan nasi ayam...je time makan..hehe)

Balik jer...Mama terus bagi cadangan nak masak ala-ala menu kat KR tu.Sound interesting...n YUMMY!!
Dengan bujet x sampai RM 30 boleh la buat makan sampai muntah untuk 5 orang.So,Arini...Era nak kongsi resipi ni dengan korang..Cecube.....Sedap..


Bahan:

Side 1: Crunch Fried Chicken
Dada ayam
Serbuk roti
lada hitam
1 biji telur

Cara sedia:
1. Pecahkan telur dan pukul telur (untuk gabungkan putih & kunig saja)kalau nak sedikit kehangatan boleh tambah lada hitam .
2. Celurkan dada ayam dalam telur dan kemudian dalam serbuk roti .
3. Goreng sehingga garing...Senang je kan...


Side 2: Mash Potato
Kentang
Sos barbecue/stik (boleh dapat kat mana-mana pasar raya)
Cendawan/Daging ayam


Cara sedia:
1. Rebus kentang sehingga empuk.
2. Carik/Kupak kulit kentang (kulit kentang akan mudah ditanggal setelah direbus tau..) dan lenyek sehingga lumat(ikut korang ler ..kalau nak tekstur yang lebih halus lenyek la lagi lama)
3. Untuk sos,hangatkan sos yang dah siap tu bersama cendawan butang atau daging ayam yang dipotong dadu. 

Side 3: Coleslaw
Kobis Cameron
Lobak merah
Mayonis

Cara sedia:
1.Racik kobis dan lobak kecil-kecil(sekecil yang mampu)
2.Gaulkan sebati dengan mayonis...


Side 4: Sweet Rice
Beras
Mentega/Butter
Bunga cengkih
Bunga lawang
Bawang kecil

Cara sedia:
yang ni special sikit sebab ni hasil inovatif mama sendiri...he
1. Simple macam masak nasi cuma sebelum itu tumis semua bahan kecuali beras.
2. Lepas tu,campurkan tumisan tu dengan beras dalam rice cooker + jangan lupa sukat air lak tau and masak jer beras tu sampai jadi nasi.
Tadaa....dah siap(jenuh jari nak menaip..kui3~)

p/s:Memang nampak macam banyak barang tapi sebenarnya tak de lah banyak...kalau xnak buat semua side dish ni pun xpe sebenarnya..Cuma pada Era ,gabungan rasa kesemua dish ni memang sedap(terutamanya sebab mak sendiri masak..hheehe)

With Knowledge I Serve,
 
 

06 February 2011

MINE: kenangan itu indah..

Lama gak xtulis entry ....Dua tiga menjak ni banyak aktiviti menarik bersama keluarga tercinta (Jalan-jalan cari pasal) hehe..Hasrat nak g kubur atok pun dah tercapai..Alhamdulilah~~
Tapi ralat jugak sebab ari semalam pergi Kuantan ada sedara kahwin.Rancang nak pergi kubur TokWan tapi xkesampaian..(sedikit dah dijangka tapi nak buat camne,Era bukan pemandu pelancong tu kan...huk2)

Xtau semenjak bergelar penganggur terhormat timbul banyak hobi pelik-pelik lak...hahaha(macam ler pelik sangat) tapi rasa seronok sangat bila dapat Travel...Jalan-jalan tengok tempat orang dan jadi orang yang bermusafir ni+privacy bila xde orang yang kenal...

Semalam 'happy' dapat kenal sedara yang 'ingat-ingat lupa'.Era ni memang ada masalah memori sikit nak ingat orang punya nama nak lagi yang jarang jumpa(Tu pasal jadi sengan nak tegur orang...)Aduh...So sempena dah sedar kekurangan diri tu rasanya Era kenalah mula mengamal amalan mengingat nama-nama orang yang keluar masuk dalam hidup ni(Aceh....).Ada yang nak kongsi macamne petua nak ingat nama kenalan x?Kalau de jangan segan nak kongsi n Era ek...cox i need it to much.... :}

Oh!Ye...lupa lak.Era nak cite gak pasal melawat tempat belajar ...MRSM Qtan...hehe.
Era harap korang akan cakap:"Cecite....Cecite...hahahha".
Banyak sejarah yang tersimpan disebalik batu blok kat bangunan ala-ala museum ni tau....tp sekarang dah lawa dah(compare zaman Era dulu la).Ingatkan nak masuk jenguk-jenguk makmal lab,kelas..library(tempat febret tu...kih2) tapi muka pakguard pun xjumpa(Alasan je...hoho).Ingat lagi cikgu memang suka sangat bawak g library(kes malas nak ngajar) So,Era n the geng waktu tu pe g...buat-buat cri buku...pastu gosip-gosip kat belakang rak buku...haha..dalam sejarah belajar ..kat MRSM ni r stat jadi dak nakal...haha....maklumlah dah pandai taip-taip mesej time tu(Pe kes?Aduila...)

Last but not least,Era kongsikan gambar-gambar bujet model hasil air tangan adik Era sebagai photographer  ...tepuk-tepuk!!!hahhaha..








sempat agi promot blog...ngeh3~


macam biasa ler kan..sebelum tutup entry ni mesti de pesanan..

p/s: kadang-kadang kita xtau apa yang bakal menjadi kenangan dalam hidup kita...So enjoy je ler....hidup ini dengan cara yang betul..no stress...ne tau dengan cara itu kita dapat cipta kenangan yang indah-indah belaka~

p/s lagi: MINE stand for Menarik,Interesting Nak Explore.he~

With Experience I Gained,


03 February 2011

LUSTS : Happy Lunar New Year!

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!
to ALL malaysian....


Semoga Tahun Arnab ni membawa 'prosperity' buat semua orang....Twink3~

p/s: kepada yang beragama islam,hindarlah dari sambut Valentine nu ek....
p/s lagi: Oh!malas mau tulis entry...(Poyo je nak bagitau..haha)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers